Wednesday, June 11, 2008

Alhamdulillah Anhar dan Mimi

Ucapan syukur kepada Ilahi dan tahniah kepada Anhar dan Mimi di atas perkahwinan yang telah berlangsung.

Semoga Allah memberkati dan merahmati perkahwinan ini serta dibalas dengan pahla yang tidak terhitung dariNya di atas penerusan Sunnah Rasulullah SAW.

Monday, April 21, 2008

SELAMAT PENGANTIN BARU



Selamat pengantin baru kepada Anhar Mahyidin dan Mimi Nur Farhana yang akan berlangsung pada 01 Jun 2008 insya Allah di Kg Repek Pasir Mas Kelantan

Saturday, April 12, 2008

Hari Minggu 2 April 2009

Mcm biasa,

Hari minggu ni kami berlegar di sekitar shah alam sahaja. Sebagai aktiviti riadhah, kami hanya pergi main slide sahaja kat tesco.....hahahahhaha bersama ni video haarith dan balqees main slide...

Sunday, April 6, 2008

Ziarah ke Cameron April 2008






Tanggal 6 April 2008 tepat jam 7 am, alhamdulillah kami sekeluarga memulakan perjalanan ke tanah tinggi Cameron Highland untuk cuti-cuti Malaysia. Ini adalah selepas 2 tahun kami tak ke sini, biasanya setiap tahun kami ke sini semenjak kelahiran anak pertama pada tahun 2003.

Perjalanan ke Cameron adalah melalui jalan tapah. Perjalanan agak pusing-pusing. Persinggahan pertama kami ialah di Tea Shop yang terletak di antara Ringlet dan Tapah. Alhamdulillah dapat berehat dan minum-minum teh tarik sambil menikmati alam ciptaan Allah. Subhanallah, maha suci Allah di atas keindahan alam ini. Ianya adalah dalil aqli akan kewujudan Allah. Adanya alam ini adalah bukti adanya pencipta. Ianya adalah mustahil terjadi dengan sendiri. Sudah tentu ciptaan yang sebegini ada pencipta yang amat hebat.

Setelah dua tiga shot gambar dan segelas teh tarik kami minum, perjalanan diteruskan. Port ke dua singgahan kami ialah di Pusat Penyelidikan Teknologi Agrotech Mardi, Tanah Rata dengan kos yang dikenakan ialah RM3 seorang dewasa bagi setiap entri. Pusat ini amat menarik bagi pencinta flora di mana terdapat pelbagai tumbuh-tumbuhan, buah-buahan dan sayur-sayuran. Sesungguhnya maha suci Allah dengan segala ciptaannya yang tidak ada sia-sia di atas segala sesuatu.

Selepas 2 jam pusing-pusing kat Mardi ni, kami meneruskan perjalanan ke Brinchang iaitu lokasi penginapan kami kali ini. Sebelum check in di Star Regency, kami singgah di pasar pagi bagi mendapatkan sedikit sayur-sayuran segar untuk makan tengahari. Wal hasilnya, kami membeli banyak jugak sayur, sebab tawaran 13 bungkus untuk RM10 adalah amat menarik.

Kami check in di Star Regency tepat jam 2.30 pm, My wife memasak sayuran yang dibeli tadi untuk makan tengahari. Selepas perut dah kenyang dengan menikmati rezeki Allah kami menunaikan solat jama’ zohor dan asar. Kemudian berehat sebentar.

Selepas hilang penat perjalanan, kami keluar pusing-pusing kat kedai-kedai nursery di Berinchang ni. Alhamdulillah sempat juga membeli pokok-pokok sebagai kenangan serta bergambar beberapa shot sebelum pulang ke apartment dan berehat-berehat.

Untuk koleksi gambar kami sila lawati ke http://hashim5445.fotopages.com/